Thursday 4 July 2019

PEMBEKAL KATIL ASRAMA

KATIL ASRAMA
katil asrama double decker
Add caption
Katil Asrama - Dua Tingkat

Ada banyak katil asrama di pasaran tempatan. Di dalam industri perabot, kebanyakkan pengguna kurang didedahkan tentang spec ketahanan, ukuran dan juga material yang digunakan untuk membuat katil asrama yang tahan lasak.

Sikap 'hendak murah' ketika membeli katil asrama selalunya diakhiri dengan pembaziran. Bila kesalahan dilakukan semasa membeli katil, seseorang itu terpaksa membeli semula katil asrama dalam tempoh yang singkat.

Berikut adalah tips untuk membeli katil asrama :

  • Pastikan Tiang Katil mempunyai diameter sekurang-kurangnya 2 inchi. Tiang sebegini boleh menampung pengguna yang berat badannya sekitar 80-110kg.
  • Pastikan alas utama katil ini diperbuat daripada plywood sekurang-kurangnya 12mm. Alas plywood ini pula perlu disokong dengan tiang besi sekurang-kurang 4 batang.
  • Pastikan katil sentiasa mempunyai alatganti yang murah dan mudah didapati. Alatan katil seperti pagar, tiang, tangga, penutup plastik, skru sering hilang jika katil dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pengguna katil juga seringkali mencabut banyak bahagian ini dengan sengaja. Oleh itu, cari katil asrama yang mudah dicari alatgantinya.
  • Pastikan plywood yang digunakan ialah jenis padu/solid. Ada papan katil yang diperbuat daripada pelepah kelapa sawit. Bentuk rupa yang sama tetapi kosong di dalam dan lebih ringan.
  • Katil asrama yang baik ialah katil asrama yang tidak mempunyai banyak bucu bersegi. Katil  besi yang diperbuat daripada besi segiempat sedikit sebanyak mempunyai bucu tajam dan mengundang bahaya jika seseorang individu terjatuh dari katil. Penggunaan besi bulat adalah lebih baik kerana mengurangkan risiko jatuh dan terkena bucu katil.
  • Penggunaan cat yang baik pada katil asrama ialah jenis cat yang diperbuat daripada powder coating. Cat lebih kemas, lebih tahan lasak daripada cat semburang yang biasa.



katil asrama katil single
Katil Asrama - Katil Single


Jika anda ingin mendapatkan sebarang khidmat nasihat mengenai katil, sila hubungi kami pada makluat dibuat; 


Cawangan Johor Sila Lawati :


FUZI DREAM FURNITURE INDUSTRIES SDN BHD
NO.4712-4716 Kaw. Industri,
Kg Lee Kim Sai,
Jalan Besar Ipoh-Rawang,
48000 Rawang,
Selangor Darul Ehsan

(Penghantaran Ke Seluruh Semenanjung Dengan Kos Minima)

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi / Whatsapp:
012-346 1163
012-359 1162